22 JUN : Lebih 280 angka korban akibat gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter yang melanda daerah Paktika di Afghanistan hari ini, di mana gegaran gempa itu dapat dirasai sejauh 500km di negeri itu, termasuk Pakistan dan India.
Menurut laporan BBC, gempa yang melanda kira-kira 47 kilometer dari tenggara bandar Khost turut menyebabkan lebih 150 orang cedera.
Imej-imej yang dikongsi di media sosial menunjukkan individu-individu yang tercedera dan kesan runtuhan akibat gempa berkenaan.
“Malangnya, empat gempa kuat dapat dirasai di empat daerah di wilayah Paktika, yang telah mengorbankan dan mencederakan beratus orang dan memusnahkan berdozen kediaman,” kata jurucakap, Bilal Karimi dalam satu pautan di Twitternya.