22 JUN: Harga runcit petrol RON97 naik 1 sen daripada RM4.83 kepada RM4.84 manakala harga RON95 dan diesel kekal tidak berubah, kata Kementerian Kewangan.
Harga petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
Harga baharu itu akan berkuat kuasa dari 23 hingga 29 Jun.
Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95, meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan.
Kementerian berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.