23 JUN : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 2,417 kes baharu semalam di mana daripada jumlah itu, lapan adalah kes import.
Angka terbaharu itu menurut data portal COVIDNOW menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif adalah sebanyak 27,026.
Sementara itu, empat kematian baharu dengan satu kes berlaku di luar hospital (BID) telah direkodkan akibat COVID-19 setakat tengah malam tadi, menjadikan angka keseluruhan kes kematian meningkat kepada 35,741.
Sebanyak 25,972 individu atau 95.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 4 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Seramai 1,020 pesakit dirawat di hospital dengan 30 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).