24 JUN: Bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil dilantik sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini.
Perkara tersebut dimaklumkan salah seorang ahli jawatankuasa tertinggi parti itu, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Facebooknya.
Beliau turut mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut dan berkongsi foto Isham mengangkat sumpah.
Majlis tersebut diadakan serentak dengan Mesyuarat MKT yang bermula jam 8 malam tadi di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
Pada Khamis, media melaporkan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga merupakan Duta Besar Malaysia ke Indonesia telah digugurkan sebagai ahli MKT.