nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Potong gaji menteri tidak bantu tangani kos sara hidup

25 JUN: Saranan pemotongan gaji dan elaun menteri sebanyak 20 peratus tidak akan membantu menyelesaikan kos sara hidup rakyat ketika ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, masih terdapat alternatif lain yang lebih berkesan bagi menangani kenaikan kos sara hidup berkenaan.

Menurutnya, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama menteri-menteri terlibat melakukan pelbagai usaha dalam menangani perkara terserbut termasuk mengadakan mesyuarat khas dua kali seminggu.

Mahdzir berucap pada Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan Tualak, Kuala Nerang hari sini.

“Mesyuarat diadakan dua kali seminggu bagi membincangkan hal yang berbangkit dan memberi jalan penyelesaian seperti diumumkan Perdana Menteri mengenai tiada kenaikan tarif elektrik dan harga pasaran ayam yang tidak akan diapungkan.

“Sehingga kini kerajaan masih memberi subsidi petrol RON95 kepada rakyat dengan harga RM2.05 seliter. Ini adalah antara langkah dan keputusan yang diambil kerajaan agar tidak membebankan rakyat,” katanya pada majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan Tualak, Kuala Nerang hari sini.

Terdahulu bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan agar gaji dan elaun menteri dipotong sebanyak 20 peratus sebagai sifat empati terhadap rakyat negara ini yang sedang bergelut mendepani cabaran krisis ekonomi.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, sebagai bekas menteri, Rafidah perlu memberikan idea yang lebih baik dan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengetengahkan idea beliau.

“Kita tidak tahu apa maksud sebenar Rafidah mengenai potong gaji itu, adakah beliau benar-benar maksudkan atau hanya perli, beliau orang lama sepatutnya boleh beri idea yang lebih baik.

“Perkataan potong gaji ini seolah-olah berada dalam Dewan Rakyat, ia selalu diusulkan oleh pembangkang. Bagi saya, cadangan beliau bukan jalan penyelesaian untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.