Isham Jalil tidak digugur jawatan Ketua Penerangan BN Selangor
27 JUN: Isham Jalil yang dilantik sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kelmarin tidak digugurkan daripada jawatan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor.
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menegaskan perkara itu tidak berbangkit kerana dalam perlembagaan BN jawatan Ketua Penerangan tidak wujud.
“Siapa kata beliau digugurkan, beliau tidak digugurkan. Selepas kita lihat semula, jawatan Ketua Penerangan ini tidak ada dalam perlembagaan BN, dalam perlembagaan UMNO jawatan ini ada.
“Dalam perlembagaan BN Malaysia, jawatan yang ada hanyalah pengarah komunikasi. Sebelum timbul isu yang mengatakan kami melanggar perlembagaan, saya jelaskan apa yang berlaku adalah kesilapan istilah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Jumaat lalu, Isham dilantik sebagai ahli MKT dan majlis angkat sumpah diadakan serentak dengan Mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur..
Dalam pada itu, Noh Omar turut mengucapkan tahniah kepada Isham atas pelantikan tersebut.
Majlis Perasmian turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Summerfield, Amin Mohd Shukor. Kolaborasi ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjadikan susu sebagai makanan yang penting dalam kehidupan.