27 JUN: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sedia mempertahankan kerusi Parlimennya atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Tajuddin berkata, tindakan itu hanya dilakukan sekiranya beliau dipecat daripada UMNO dan yakin sokongan rakyat kepada beliau tetap kuat.
“Kalau mereka (UMNO) berkasar, saya boleh berkasar tanding Bebas, masa ‘tsunami’ (politik) pun sokongan (saya) naik, tak pernah kalah,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini susulan penggugurannya sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis lalu.
Ditanya mengenai tawaran PAS untuk beliau mempertahankan kerusi Pasir Salak dalam PRU akan datang atas tiket parti itu, Tajuddin mengakui ia satu idea yang baik.
Bagaimanapun sambil ketawa, beliau menyatakan dia tidak akan menyertai PAS.
Bagaimanapun, keputusan itu tertakluk kepada pengagihan kerusi antara parti di bawah Perikatan Nasional (PN) dan PAS diberikan kuota untuk bertanding di Parlimen Pasir Salak.
Tajuddin memenangi kerusi Parlimen Pasir Salak pada 2008 menewaskan calon PKR, sebelum mempertahankannya dalam dua PRU berikutnya iaitu pada 2013 dan 2018.