28 JUN: Kes harian COVID-19 kembali di bawah paras 2,000 semalam dengan 1,894 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 4,558,558.
Menurut data di portal COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 1,888 kes penularan tempatan dan enam kes import.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 28,093 kes COVID-19 masih aktif, termasuk 34 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 20 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif, 95.7% atau 26,894 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 15 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,150 orang atau 34.1% menerima rawatan di hospital.
Seramai 1,944 pesakit dilaporkan sembuh.
Sementara itu, lapan kes kematian baharu yang dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 35,754 kes.