28 Jun: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin akan mewakili Malaysia dalam Persidangan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Radzi dalam perkongsiannya di Facebook, memaklumkan beliau selamat tiba di Paris bagi menghadiri persidangan berkenaan yang bermula hari ini sehingga Khamis.
Beliau berkata, persidangan kali ini akan membincangkan mengenai Transformasi Pendidikan serta langkah yang boleh diambil bagi memastikan kemajuan dan kemampanan sistem pendidikan.
“Beberapa sesi perbincangan dan lawatan kerja turut diadakan sepanjang berada di sini, khususnya berkaitan dengan transformasi pendidikan,” katanya.
Dalam perkongsiannya itu, Radzi turut berkongsi gambar pertemuannya dengan Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Zamruni Khalid.