29 JUN: Jangkitan baharu COVID-19 kembali melepasi paras 2,000 kes apabila sebanyak 2,025 kes baharu direkodkan semalam.
Angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia 4,560,583.
Data di portal COVIDNOW, turut melaporkan empat kes kematian semalam dan satu kes kematian di luar hospital (BID).
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,758 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif COVID-19 di negara ini.
Selain itu, sejumlah 27,747 kes aktif COVID-19 direkodkan di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 26,541 atau 95.7 peratus individu dikuarantin di rumah, manakala 14 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 1,155 dimasukkan ke hospital.
Data itu juga menunjukkan, 37 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 19 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, sejumlah 2,367 kes sembuh turut direkodkan pada Selasa, dengan kes kumulatif sembuh 4,497,078 kes.