nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Arab Saudi sambut Aidiladha 9 Julai

30 JUN: Umat Islam di Arab Saudi akan menyambut Aidiladha pada 9 Julai, selepas anak bulan dapat dilihat di Balai Cerap Tamir, di Riyard, menurut kenyataan Mahkamah Agung negara itu.

Menurut kenyataan Mahkamah Agung Arab Saudi, Hari Arafah yang juga kemuncak ibadah haji ditetapkan pada Jumaat (8 Julai), lapor agensi berita Saudi Gazette.

Hari Arafah adalah waktu bagi jemaah haji melaksanakan wukuf di Arafah, mulai dari terbenamnya matahari (waktu zuhur) pada tanggal 9 Zulhijjah sampai fajar terbit pada tanggal 10 Zulhijah.

Bagi umat Islam yang tidak melaksanakan haji, disunatkan untuk melaksanakan Puasa Arafah saat tanggal 9 Zulhijah.

Sementara itu, beberapa negara Islam mengumumkan permulaan sambutan Aidiladha sama ada pada 9 Julai atau 10 Julai, bergantung kepada anak bulan Zulhijjah pada petang semalam.

Hari pertama Aidiladha di kebanyakan negara Arab dan Islam akan disambut pada 9 Julai ini, manakala beberapa negara di Asia Tenggara mula meraikannya sehari kemudian.

Sebelum pandemik COVID-19 melanda, seramai 2.5 juta umat Islam menunaikan ibadah haji pada 2019.

Namun, kerajaan Arab Saudi sebelum ini mengumumkan akan membenarkan sejuta umat Islam dari dalam dan luar negara melakukan ibadah haji.

Indonesia, negara paling ramai umat Islam, Malaysia, dan Brunei masing-masing mengumumkan Aidiladha pada 10 Julai, memandangkan tidak melihat anak bulan Zulhijjah, petang semalam.

Memetik laporan Saudi Gazette sebelum ini, Indonesia menjadi republik yang menerima kuota haji paling tinggi tahun ini iaitu 100,051 jemaah, diikuti Pakistan (81,132); India (79,237) dan Bangladesh (57,585).

Negara Afrika pula, Angola berada di bahagian bawah senarai dengan jumlah paling rendah iaitu 23 jemaah. Di antara negara-negara Afrika, Nigeria mendapat bahagian terbesar seramai 43,008 jemaah.

Menurut sumber dipetik laporan sama, kuota yang diperuntukkan untuk Amerika Syarikat ialah 9,504 jemaah manakala Russia (11,318), China (9,190), Thailand (5,885) dan Ukraine (91). – AGENSI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.