3 JULAI: UMNO akan mengenal pasti calon ‘heavyweight’ yang berpotensi menang di Selangor sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau yakin pemimpin berkenaan antara yang boleh diketengah sebagai calon BN.
“Kita yakin (meletakkan calon heavyweight) salah satu (daripada) kriteria yang benar, tetapi ia sangat subjektif dan pastinya saya bersetuju dengan pandangan itu,” katanya.
Sebelum ini, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mencadangkan BN meletakkan calon ‘heavyweight’ atau yang berada dalam Jemaah Menteri untuk bertanding di Selangor, sekiranya parti itu berhasrat menawan kembali negeri ini pada PRU-15.
Muhammad berkata, kira-kira 70 peratus calon ‘heavyweight’ perlu diletakkan di Selangor, sementara bakinya muka baharu.
Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar turut menyambut baik cadangan pemimpin veteran UMNO itu supaya calon ‘heavyweight’ diberi peluang bertanding di negeri ini.