3 JULAI: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Laut Maluku Utara, Indonesia pada 7.49 pagi ini.
Berita Yang Berkaitan
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 129 kilometer (km) tenggara dari Bitung itu berlaku pada kedalaman 61 km.
Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mengesahkan gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA