4 JULAI : Nahas bas di Dana Sar, barat daya Pakistan meragut 20 nyawa selain turut mencederakan 13 penumpang lain. Kira-kira 35 penumpang berada dalam bas ketika nahas itu.
Kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil di wilayah berkenaan ketika bas tersebut dalam perjalanan ke Quetta dari Rawalpindi.
Keadaan cerun serta hujan lebat yang menyebabkan bas itu tergelincir sehingga jatuh ke gaung dengan kedalaman 61 meter.