4 JULAI: Seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbogel yang dipercayai selepas membunuh isteri dan anak lelaki berusia dua bulan di rumahnya di Kampung Bakar Batu, di Johor Bahru hari ini.
Gambar dan video lelaki berkenaan menunggang motosikal dalam keadaan bogel tular di media sosial sejak tengah hari sekali gus memudahkan polis menahannya beberapa jam kemudian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kematian isteri dan anak suspek pada jam 12.42 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
pek ditahan di kawasan Permas Jaya,
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kematian isteri dan anak suspek pada jam 12.42 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Kejadian dipercayai pada jam 12.30 tengah hari dan kita bertindak atas maklumat sebelum berjaya membuat tangkapan ke atas suspek.
“Pada jam 2.45 petang, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) menahan suspek di kawasan Permas Jaya,” katanya hari ini.
Raub berkata, pihaknya turut merampas sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal merah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, suspek berusia 25 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi siasatan lanjut kes berkenaan.
Jenazah kedua-dua mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu di Johor Bahru, esok.