4 JULAI : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 2,536 lagi kes jangkitan COVID-19 baharu, di mana tiga daripadanya adalah kes import, menjadikan kes aktif COVID-19 di negara ini meningkat kepada 29,793.
Menurut data di laman web COVIDNOW, seramai 28,508 individu atau 95.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, 19 individu ditempatkan di PKRC dan 1,221 pesakit kini dirawat di hospital dengan 45 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Manakala lima kes kematian akibat COVID-19 telah direkodkan pada Ahad dan angkat terbaharu itu menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,776 kes.
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) dilaporkan semalam.