5 JULAI: Walaupun dalam lawatan rasmi di Turkiye, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memastikan bantuan segera kepada 112 Ketua Isi Rumah (KIR) yang menjadi mangsa banjir di Baling.
Katanya, bantuan-bantuan awal kepada setiap KIR tersebut merangkumi Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000, Bantuan Barang Keperluan Asas sebanyak RM2,500, Bantuan Barangan Elektrik sebanyak RM500 dan pembaikan rumah.
Pada masa sama, keluarga yang terlibat dengan kehilangan nyawa akan diberi sumbangan bernilai RM10,000.
Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar bersama pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyampaikan BWI kepada semua KIR pada hari ini termasuk tiga waris mangsa yang telah meninggal dunia.
Kesemua bantuan awal tersebut, katanya melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM500,000.
“Kebanyakan rumah yang terkesan dengan musibah ini mengalami kerosakan dan sebanyak 25 buah rumah telah musnah sama sekali.
“Saya telah mengarahkan semua agensi Kerajaan yang terlibat untuk mengenal pasti kerosakan dan pembaikan yang perlu dilakukan untuk memastikan mangsa-mangsa tragedi ini ada tempat berteduh yang selesa selepas ini,” katanya.
Tambah beliau, bantuan-bantuan lain akan disusuli dengan segera termasuklah kerja-kerja pembersihan kawasan dan projek-projek tebatan banjir yang kritikal.
Tegasnya, Kerajaan Persekutuan terus komited untuk menyediakan peruntukan yang sewajarnya
bagi perkara ini.
“Saya akan memastikan kebajikan dan keselamatan mangsa-mangsa ini akan diberi perhatian yang sepenuhnya dengan kerjasama erat daripada semua pihak baik dari Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri,” katanya lagi.
Bencana ini telah meragut tiga nyawa dan menjejaskan seramai 1,490 orang mangsa.
Pada 9.30 pagi tadi, mayat dua daripada tiga sekeluarga, Salmah Mat Akib, 53, dan menantunya, Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan, ditemukan pasukan penyelamat dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan kayu balak kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka yang dihanyutkan arus deras.
dan Saliran, NADMA, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan ICU.
“Sudah tiba masanya untuk meneliti dan menyiasat di mana punca air turun dengan secara mendadak sehingga ada kehilangan nyawa,” katanya.
Pada 9.30 pagi tadi, mayat dua daripada tiga sekeluarga, Salmah Mat Akib, 53, dan menantunya, Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan, ditemukan pasukan penyelamat dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan kayu balak kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka yang dihanyutkan arus deras.
Mayat terakhir daripada tiga sekeluarga itu, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemukan pada 11.55 pagi tadi, tidak jauh dari lokasi dua mayat yang ditemukan sebelum ini.