5 JULAI: Seorang wanita warga emas dipercayai maut selepas dikelar anak lelakinya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh di Melaka, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang tadi, mangsa yang berusia 60-an dipercayai telah dibunuh oleh anak sulungnya berusia 40-an.
Difahamkan, mayat pesara guru itu ditemui anak perempuannya yang kemudian menjerit meminta tolong.
Suspek dipercayai menggunakan sebilah pisau untuk mencederakan mangsa sebelum ditangkap penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis.