8 JULAI : Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, dilaporkan ditembak ketika sedang berucap di bandar Nara, barat Jepun, hari ini.
Berita Yang Berkaitan
Abe dilaporkan rebah dalam keadaan berdarah dan kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan.
Stesen penyiaran NHK melaporkan, kedengaran bunyi seperti tembakan ketika kejadian dan seorang suspek lelaki telah ditahan di lokasi sama.