8 JULAI : Angka kes harian baharu jangkitan COVID-19 melonjak kepada 4,020 kes semalam berbanding 3,561 pada hari sebelumnya.
Daripada jumlah itu, sembilan daripadanya merupakan kes import, manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini meningkat kepada 33,839 kes.
Seramai 32,617 individu atau 96.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, 21 individu ditempatkan di PKRC, manakala 1,156 pesakit dirawat di hospital dengan 45 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Sementara itu, laman web COVIDNOW turut maklumkan, tiga kes kematian akibat COVID-19 telah direkodkan menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,795.
Dua kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).