9 JULAI: Kes jangkitan COVID-19 merekodkan 3,586 kes baharu semalam menjadikan kes keseluruhan kepada 4,552,114.
Menurut data di portal COVIDNOW, pertambahan angka itu menjadikan kes aktif wabak berkenaan meningkat kepada 35,198.
Turut dilaporkan enam kes kematian akibat wabak itu dengan dua kematian di luar fasiliti hospital (BID).
Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian dalam negara ketika ini kepada 35,801.
Dalam pada itu, seramai 33,888 pesakit COVID-19 atau 96.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.
Pada masa sama, seramai 1,241 pesakit dirawat di hospital dengan 42 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).