12 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 2,417 kes baharu COVID-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini kepada 4,598,391 kes.
Menerusi data di COVIDNOW, sebanyak lima kes kematian turut direkodkan dengan dua kematian di luar hospital (BID).
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,816 orang.
Dalam pada itu, sebanyak 35,758 kes aktif dengan 34,526 atau 96.6 peratus individu dikuarantin di rumah manakala 20 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Pada masa sama, sebanyak 1,164 dimasukkan ke hospital, 23 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 25 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.