14 JULAI: Kes jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia kembali melonjak menghampiri 4,000 kes semalam iaitu sebanyak 3,934 kes.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,604,670 kes.
Menerusi data laman web COVIDNOW, jumlah kes baharu itu membabitkan 3,927 kes penularan tempatan dengan tujuh import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Ketika ini terdapat 36,894 kes masih aktif. Daripada jumlah yang dinyatakan itu, 96.3 peratus atau 35,547 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah serta 26 individu lagi bersamaan 0.1 peratus berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Selain itu sebanyak 1,268 kes atau 3.4 peratus sedang dirawat di hospital manakala 23 individu (0.1 peratus) berada di unit rawatan rapi (ICU) dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan serta 30 individu lagi berada di ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan.