15 JULAI: Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ke Singapura akhirnya meletak jawatan semalam.
Surat peletakan jawatan itu dihantar melalui e-mel kepada Speaker Parlimen yang berkata bahawa beliau akan menyelesaikan proses undang-undang dan mengumumkannya secara rasmi hari ini.
Beliau yang menghadapi protes besar-besaran di negaranya susulan kegagalan menangani masalah krisis ekonomi dipercayai meninggalkan Sri Lanka sebelum meletakkan jawatan bagi mengelak kemungkinan ditangkap di bawah pentadbiran baharu.
Kos makanan, bahan api dan bekalan asas lain telah melonjak di Sri Lanka berikutan krisis ekonomi yang diburukkan lagi dengan Perang Ukraine.
Jawatan Presiden kini dipangku oleh Ranil Wickremesinghe iaitu Perdana Menteri negara itu.
Rabu lalu, beliau melarikan diri dengan menaiki jet tentera ke Madivies sebelum pergi ke Singapura semalam selepas terbang ke Maldives sebelum ini.
Laporan menyatakan dia ditemani isteri dan dua pengawal peribadinya.
Kementerian Luar Singapura bagaimanapun berkata, Gotabaya tidak meminta suaka politik. – Agensi