16 JULAI : Amaran peringkat merah atau darurat di beberapa bahagian di England bagi suhu panas melampau telah dikeluarkan Pejabat Meteorologi Britain
Ini berikutan rekod suhu tinggi dijangka berlaku minggu depan pada hari Isnin dan Selasa yang berisiko mengancam nyawa hingga menyebabkan kematian.
Buat pertama kali, suhu di England dijangka cecah 40 darjah Celsius.
Sebelum ini rekod suhu tertinggi di UK adalah 38.7 darjah Celsius pada 2019.
Sementara itu, dua agensi lain keluarkan amaran lebih rendah awal minggu ini bagi sebahagian kawasan di UK.