16 JULAI : Kes jangkitan kes baharu COVID-19 naik meningkat ke angka 5,230 pada semalam berbanding 4,098 kes pada hari sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 11 daripadanya merupakan kes import, manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 41,208, tambahan sebanyak 2,295 kes.
Sementara itu, data portal COVIDNOW merekodkan lapan kes kematian yang menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,844.
Satu kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).
Sementara itu, 39,703 individu atau 96.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.
Manakala 1,411 pesakit dirawat di hospital dengan 64 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).