Joe Biden adakan pertemuan dengan Putera Mohammed Salman
16 JULAI : Presiden Joe Biden mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman, sebahagian daripada acara dalam rangka lawatan tiga hari ke negara itu.
Pertemuan ini, bakal membentuk semula kerjasama di Asia Barat.
Pertemuan ini juga dianggap satu kelebihan buat Putera Mohammed Salman, yang cuba memulihkan imejnya dan menarik pelaburan asing.
Ia sebahagian pelan reformasi Riyadh dan melonjakkan kembali hubungan keselamatan dengan Amerika Syarikat.
Sementara pada sisi Biden, memulihkan hubungan dengan Arab Saudi adalah sesuatu yang kritikal, susulan kedudukan Riyadh sebagai pengeluar minyak utama, ketika kenaikan harga gas dan kebimbangan berkaitan program nuklear Iran.
Sebelum ini Biden enggan membina hubungan baik dengan Putera Mohammed Salman, kerana rekod hak asasi manusianya, sejak pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi.