17 JULAI: Jangkitan baharu COVID-19 merekodkan 5,047 kes baharu semalam menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 4,581,208.
Selangor kekal menjadi negeri dengan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 1,925 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,365), Perak (309), Negeri Sembilan (276), Sabah (274) dan Pulau Pinang (265).
Ini diikuti, Melaka sebanyak 128 kes, Putrajaya (116), Kedah (113), Sarawak (74), Johor (73), Pahang (56), Kelantan (37), Terengganu (22), Perlis (9) dan Labuan (8).
Menurut portal COVIDNOW, tiga kematian dengan satu kes kematian di luar hospital (BID) turut direkodkan.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,848 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Sementara itu, KKM turut mencatatkan sejumlah 42,481 kes aktif COVID-19 di seluruh negara dengan 40,923 pesakit kuarantin di rumah, 1,459 menerima rawatan di hospital, dan 39 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Data itu juga menunjukkan, sejumlah 26 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 34 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, sebanyak 3,770 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,540,716.