17 JULAI: Sekurang-kurangnya 234 orang maut dan cedera dalam pertempuran geng bersenjata di Cite Soleil, Haiti sejak keganasan itu bermula pada 8 hingga 12 Julai lalu.
Keganasan itu berlaku di sebuah kawasan kejiranan miskin dan padat penduduk di ibu negara Port-au-Prince mengakibatkan penduduk yang tidak terbabit dengan geng tersebut turut menjadi mangsa.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kebanyakan mangsa tidak terbabit secara langsung dalam geng jenayah itu tetapi turut menjadi sasaran.
“Kami juga menerima laporan baharu mengenai keganasan seksual,” kata jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia PBB Jeremy Laurence.
Keganasan itu ditambah dengan krisis harga makanan yang melambung tinggi dan kekurangan bahan api menjejaskan keselamatan di bandar berkenaan. – AFP