nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lihat tuntutan waris Sultan Sulu dalam kerangka lebih luas

18 JULAI: Penolakan usul berhubung tuntutan waris Sultan Sulu ke atas Sabah sebanyak tiga kali oleh Yang Dipertua, Tan Sri Azhar Azizan Harun harus dilihat dalam kerangka lebih besar.

Pakar Perlembagaan Datuk Prof Madya Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata Kerajaan sudah memberi penjelasan dan tindakan yang sewajarnya sedang dibuat untuk membela tuntutan tersebut.

“Oleh kerana tuntutan Kerabat Kiram sedang dirayu pastinya pasukan Peguam Negara perlu mengkaji banyak sudut dan menimbangkan pelbagai isu agar sebarang pendekatan yang bakal diambil tidak tersalah langkah.

“Dalam tempoh kritikal ini strategi amat penting dan tidak wajar terdedah kepada pihak lawan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

WAN AHMAD

Terdahulu Dewan Rakyat kecoh selama lebih setengah jam selepas Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati mengenai usul berhubung tuntutan waris Sultan Sulu ke atas Sabah yang ditolak sebanyak tiga kali.

Kekecohan bermula apabila Isnaraissah Munirah (WARISAN-Kota Belud) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 18(1) selepas sesi Pertanyaan Jawab Lisan tamat dan menyatakan kecewa mengenai penolakan usul berkenaan buat kali ketiga.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Wan Ahmad berkata isu berkenaan juga telah diberi penjelasan oleh Menteri yang bertanggungjawab dengan Parlimen dan Undang-Undang yang menyatakan isu itu dalam proses rayuan oleh kerajaan Malaysia.

“:Tidak dapat dinafikan Parlimen merupakan forum untuk membahaskan isu penting seperti yang dibangkitkan.

“Secara khususnya perkara yang melibatkan kedaulatan negara dalam hubungan antarabangsa perlu mendapat mandat Parlimen. Namun apa yang sedang berlaku dengan tuntutan Kerabat Kiram terhadap kerajaan Malaysia perlu dilihat dalam kerangka yang lebih besar,” katanya.

Menurutnya, isu sekarang bukanlah suatu yang hendak dilakukan dalam konteks perjanjian antarabangsa atau menentukan dasar luar negara yang memerlukan mandat Parlimen.

Sebaliknya, jelasnya, pada peringkat ini adalah untuk membela terhadap tuntutan Kerabat Kiram dan melindungi aset Malaysia di luar negara.

“Speaker perlu memainkan peranan untuk menenangkan ahli Parlimen bahawa suatu kertas putih boleh dibentangkan pada masa yang sesuai agar tidak memprejudiskan kes pembelaan di Mahkamah.

“Ahli Parlimen juga wajar memberi kepercayaan kepada pasukan Peguam Negara untuk bersiap siaga dan berpuas hati dengan penjelasan Menteri berkenaan.

“Sebarang pandangan dalam keadaan yang sedang kritikal sebegini tidak semestinya hanya saluran perbahasan usul tergempar sahaja pendekatan terbaik,” tegasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.