18 JULAI : Golongan lelaki berusia 20 hingga 40-an beratur panjang di New York, Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan suntikan vaksin cacar monyet untuk mengekang penularan wabak itu.
Pusat vaksinasi yang terletak di sebuah sekolah tinggi di Bushwick, Brooklyn kelihatan sama seperti tempat vaksinasi COVID-19 sebelum ini.
Pada Jumaat lalu, sebanyak 9,200 slot dibuka untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin berkenaan dan semua vaksin habis ditempah dalam masa tujuh minit.
Tiga hari sebelum itu, laman sesawang cacar monyet menyaksikan trafik tinggi sehingga menyebabkan laman sesawang terbabit tergendala.
New York menunjukkan trend peningkatan penularan wabak cacar monyet sejak beberapa minggu lalu dengan 461 kes direkodkan pada Jumaat lalu, sejak penularan di bandar itu bermula Mei lalu.
Seorang penduduk, Robert, memberitahu dia menghabiskan masa selama beberapa jam menunggu di depan komputer untuk menempah slot vaksin.
“Hal ini sepatutnya tidak menjadi masalah kerana kita ada bekalan vaksin dan ada permintaan.
“Sepatutnya kerajaan menyediakan kemudahan vaksin yang lebih meluas untuk memudahkan masyarakat,” katanya.
Ketika ini, vaksin Jynneos yang digunakan untuk mengekang penularan cacar monyet diberikan kepada golongan lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis memandangkan mereka paling banyak dijangkiti.
Majoriti kumpulan lesbian, gay, biseksual,trensgender dan pelik (LGBTQ), yang mana sejumlah besar kumpulan itu menetap di New York, bimbang masyarakat mereka akan menerima stigma lebih buruk akibat virus berkenaan.
New York, yang berada di Pantai Timur AS, sama ada sudan atau sedang ,menjadualkan suntikan 21,500 vakisn dan berharap dapat mempercepatkan proses itu, menjanjikan lebih 30,000 suntikan bagi keseluruhan negeri itu.
Bagaimanapun, susulan kekurangan dos vaksin, pusat inokulasi Bushwick tidak dijangka dibuka semula hari ini, dengan pesuruhjaya kesihatan bandar, Ashwin Vasan, semalam memaklumkan New York memerlukan puluhan ribu lagi dos vaksin. – AFP