nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dewan Rakyat lulus RUU jalani hukuman di luar penjara

19 JULAI: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 bagi memperkasa inisiatif pemenjaraan di luar tembok penjara melalui program pemulihan dalam komuniti.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, dan dibahas empat Ahli Parlimen.

Ismail berkata, rang undang-undang itu bertujuan meminda Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 (Akta 461) dan menggantikan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021 (ODPKW).

Beliau berkata, peruntukan dalam Akta 461 wajar diperkukuhkan selari perubahan semasa sistem perundangan daripada ‘keadilan pembalasan’ kepada ‘keadilan pemulihan’ bagi memberi peluang kedua kepada lebih ramai pesalah dengan menjalani hukuman serta pemulihan di luar penjara.

ISMAIL MOHAMED SAID
ISMAIL

“Perintah Kehadiran Wajib (PKW) adalah hukuman alternatif di luar tembok penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah kepada pesalah melakukan kesalahan tertentu dan pesalah ini dikehendaki menjalankan kerja wajib untuk kepentingan masyarakat,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu.

Ismail berkata program pemulihan akan diberikan secara berterusan oleh Jabatan Penjara bagi menerapkan nilai-nilai positif untuk melahirkan insan yang berguna kepada masyarakat dan negara serta mencegah perlakuan semula jenayah.

“Pesalah juga boleh meneruskan kehidupan harian tanpa menjejaskan kebajikan mereka dan keluarga semasa menjalani PKW ini. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesesakan dalam penjara serta mengelak penularan penyakit berjangkit dalam penjara,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pindaan Seksyen 5 Akta 461 memberikan budi bicara kepada hakim atau majistret untuk menentukan hukuman PKW dengan mengambil kira latar belakang Orang Kena Tuduh (OKT) dan keadaan kesalahan itu dilakukan.

Pindaan kepada seksyen itu juga memberikan mahkamah kuasa untuk membuat suatu PKW terhadap mana-mana pesalah yang disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

“Menerusi pindaan setahun kepada tiga tahun pemenjaraan, ia lebih memberikan pilihan kepada mahkamah menggunakan budi bicara kehakiman untuk memberikan hukuman alternatif kepada hukuman pemenjaraan dalam kes yang mahkamah sendiri berpendapat hukuman PKW adalah satu hukuman yang tepat dan wajar kepada seorang OKT,” katanya.

Selain itu, Dewan Rakyat juga meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 bagi menjadikan daerah Segamat, Johor sebagai sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

RUU tersebut diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Eddin Syazlee Shith dan turut dibahas oleh sembilan Ahli Parlimen.

“Rang undang-undang ini bertujuan memohon Jemaah Menteri menimbang dan bersetuju dengan pindaan kepada Seksyen 4 Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu.

Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 (Akta 688) dipinda dalam seksyen 4 dengan menggantikan perkataan ‘Daerah Mersing’ kepada perkataan ‘Daerah-Daerah Mersing dan Segamat.’

Eddin Syazlee juga berkata, kerajaan menyasarkan daerah Segamat bakal diketengahkan sebagai lembah bioagro melalui ECER dengan memanfaatkan sektor bioteknologi dan perniagaan tani bagi meningkatkan aktiviti perniagaan.

“Selain itu, daerah tersebut juga dikenal pasti sebagi hab perniagaan tani dengan pelbagai inisiatif bagi memastikan kecekapan tani di kawasan itu dapat dipertingkat,” katanya. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.