nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Harga rumah mungkin naik tinggi

19 JULAI: Harga rumah kediaman dijangka meningkat sebanyak 16.5 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang, demikian menurut Indeks dan Kaji Selidik Hartanah Suku Ketiga 2022 oleh Juwai IQI Malaysia.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari, berkata ejen-ejen hartanah juga menjangkakan harga rumah kediaman meningkat sebanyak 11.8 peratus di seluruh negara dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Di Pulau Pinang, ejen-ejen meramalkan pertumbuhan harga 17 peratus dalam masa dua tahun. Ejen-ejen di Johor mengunjurkan pertumbuhan harga 18.1 peratus dalam tempoh sama.

“Ejen-ejen di Kuala Lumpur dan Selangor menjangkakan pertumbuhan harga 15.9 peratus, manakala ejen-ejen di Sabah mengunjurkan pertumbuhan harga 14.7 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Ansari berkata, antara sebab ejen-ejen begitu yakin terhadap pasaran hartanah adalah disebabkan mereka amat optimis dengan keadaan ekonomi.

“45 peratus daripada ejen percaya ekonomi akan menjadi lebih kukuh dalam tempoh enam bulan akan datang. Unjuran daripada Bank Negara Malaysia (BNM) menyokong tinjauan positif itu.

“Bank pusat percaya ekonomi Malaysia akan terus meningkat tahun ini dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan melonjak setinggi 6.3 peratus,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.