20 JULAI : Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter dikesan melanda selatan Sumatera, Indonesia, pada jam 7.46 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi pada jarak 62 kilometer (km) selatan dari Bengkulu itu berlaku pada kedalaman 63km.
Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mendapati kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA