nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Terokai peluang hasilkan kenderaan elektrik mampu milik

20 JULAI : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan agar syarikat automobil negara menerokai peluang baharu seperti menghasilkan kenderaan elektrik yang mampu dimiliki oleh Keluarga Malaysia.

Katanya, Tenaga Nasional Berhad kini sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran elektrik menggunakan sumber tenaga yang bersih serta penyediaan stesen pengecas kenderaan elektronik yang secukupnya.

“Pada masa yang sama, Perodua boleh mengambil peluang ini dengan meneroka peluang baharu seperti menghasilkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi yang mampu dimiliki oleh Keluarga Malaysia.

“Kedua-dua pihak boleh bekerjasama memperkenalkan kadar caj yang mampu dilanggani oleh semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran PERODUA ALZA serba baharu di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menurut Perdana Menteri, syarikat telekomonikasi negara seperti Telekom Malaysia juga dapat membuka kerjasama dengan kedua-dua pihak ini untuk menyediakan pakej data yang mampu memudahkan para pengguna untuk membuat tempahan caj kenderaan secara dalam talian.

“Kerjasama pintar seperti ini perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi kesan perubahan iklim yang melanda dunia.

“Malah, perjanjian seperti ini dapat menjamin kelestarian dan pembangunan negara yang mampan.

“Kerajaan pula sedia berbincang dengan pihak swasta untuk memastikan dasar atau initiatif yang diperkenalkan bersesuaian dengan hala tuju negara,” ujarnya.

Dalam berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global seperti krisis geopolitik dan perubahan iklim, kerajaan menurut Ismail Sabri telah melaksanakan pelbagai langkah strategik bagi menghadapi cabaran tersebut.

“Namun usaha ini tidak boleh dilakukan secara sendirian tanpa kerjasama dengan pihak swasta bagi mengukuhkan lagi ekonomi negara.

“Justeru, saya ingin menyeru agar syarikat-syarikat besar negara untuk saling bekerjasama dalam mencapai lebih banyak kejayaan untuk dimanfaatkan oleh seluruh Keluarga Malaysia.

“Kerjasama seperti ini dapat membantu mencapai matlamat karbon neutral di Malaysia pada tahun 2050, sepertimana yang telah dipersetujui di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.