nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong titah Hospital Al Sultan Abdullah hasilkan vaksin

23 JULAI: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Hospital Al Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kampus UiTM Puncak Alam menghasilkan kaedah perubatan dan vaksin sendiri.

Al-Sultan Abdullah bertitah, langkah pihak pengurusan hospital itu menghasilkan vaksin dapat memastikan bekalannya sentiasa mencukupi untuk digunakan terutama ketika kecemasan sekiranya berlaku wabak penyakit setempat ataupun seluruh dunia.

“Beta mahu hospital ini bukan hanya terkenal dengan perkhidmatan berkualiti semata-mata, sebaliknya juga mampu menghasilkan perubatan yang boleh menaikkan nama kita untuk memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” titah baginda sebelum menyempurnakan Majlis Perasmian Hospital Al Sultan Abdullah UiTM di Puncak Alam hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka turut diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut berangkat pada majlis perasmian hospital itu ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Baginda bertitah, perasmian hospital itu diharap dapat memberikan dan menyediakan perkhidmatan perubatan terbaik di negara ini.

“Beta berasa bangga kerana hospital ini yang mempunyai banyak fasiliti dan kemudahan diperlukan untuk kesejahteraan rakyat,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah yang juga Canselor UiTM juga menzahirkan rasa terharu dan berbangga hospital itu dinamakan atas nama baginda.

“Beta serba salah hendak terima atau tidak (meletakkan nama baginda) kerana hospital ini terletak di Selangor dan alhamdulillah beta mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bersetuju dan seikhlas hati menamakan hospital ini dengan nama beta.

“Walaupun hospital ini berada jauh mata (Selangor), tetapi ia dekat di hati beta dan berharap perkhidmatan hospital dapat dipertingkatkan dan namanya lebih terserlah lagi nanti,” titah baginda.

Hospital Al-Sultan Abdullah yang berkeluasan 18.4 hektar itu dilengkapi 400 katil, 98 klinik pakar, 17 dewan dan wad serta 16 kerusi dialisis.

Hospital 10 tingkat berkenaan meliputi fasiliti pembelajaran yang boleh memuatkan sehingga 750 penuntut pada satu-satu masa.

Perkhidmatan yang bakal disediakan di hospital yang beroperasi sejak 5 April 2021 itu antaranya rawatan kecemasan, perubatan dalaman, kardiologi, pembedahan am, plastik dan ortopedik selain rawatan bagi ibu hamil, bayi, remaja dan orang dewasa.

Selain itu, ia menawarkan perubatan onkologi, geriatrik, forensik, kesihatan mental, rehabilitasi dan dialisis.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.