nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemimpin, ahli koperasi perlu amanah, ada intergriti – Agong

24 JULAI : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pemimpin dan ahli koperasi perlu berintegriti serta amanah dalam menguruskan aset dan perolehan koperasi untuk kepentingan negara.

Baginda juga bangga dengan pencapaian koperasi di negara ini dengan asetnya yang menjangkau RM150 bilion.

“Ini satu angka yang besar, diharap ia dapat diurus tadbir dengan sebaik mungkin. Setiap ahli (koperasi) harus berintegriti, amanah supaya tidak lalai dalam urusan tadbir urus demi kepentingan tujuh juta ahli sedia ada.

“Ini satu amanah besar dan jadikan koperasi yang boleh bersama-sama dibangun dan memberi faedah kepada tujuh juta ahli,” titah baginda pada Majlis Santapan Malam sempena Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi di sini, malam ini.

Baginda turut mengurniakan Anugerah Tokoh Koperasi Negara 2022 kepada Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Mohamad Ali Hasan dan Anugerah Koperasi Terbaik Negara 2022 kepada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB).

Turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar serta Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Suriani Ahmad.

Justeru, Al-Sultan Abdullah bertitah, koperasi boleh berdikari tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan, selain ahli koperasi perlu memberi panduan serta cara memajukan koperasi kepada kerajaan untuk kepentingan bersama bagi negara.

Baginda bertitah, kepimpinan koperasi perlu turun ke peringkat mukim ataupun kampung untuk memberi taklimat, seterusnya menarik perhatian anak muda di kampung menjayakan aktiviti koperasi.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah bertitah, masyarakat di negara ini yang baru bangkit daripada ‘perang’ COVID-19, kini berdepan pula dengan isu konflik antara Ukraine dan Russia yang sedikit sebanyak menghampakan momentum untuk negara bangkit semula.

“Inilah masalah yang kita hadapi, perlu ditangani oleh kita semua sebagai bangsa Malaysia dan Keluarga Malaysia, keluarga koperasi dan semoga kita dapat keluar daripada kemelut yang dihadapi sekarang.

“Sebentar tadi saya bertanya masalah harga ayam, beras dan seterusnya. Alhamdulillah pihak menteri sudah beri sedikit sebanyak maklumat dan saya harap semua ahli (koperasi) dapat beri sokongan padu untuk kita bersama membantu kerajaan mengatasi masalah dihadapi kini,” titah baginda.

Sementara itu, Noh dalam ucapannya berkata, peranan sektor koperasi dalam pembangunan ekonomi negara dilihat berpotensi besar sebagai pemacu kepada pembangunan sosioekonomi yang inklusif.

“Pada masa ini, sektor koperasi menjadi penyumbang ketiga penting kepada ekonomi negara selepas sektor awam dan swasta. Menyedari peranan penting gerakan koperasi membangunkan sosioekonomi rakyat, kerajaan bersetuju supaya Hari Koperasi Negara disambut setiap tahun pada hari Sabtu minggu ketiga bulan Julai dan Julai diiktiraf Bulan Koperasi Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata, sehingga 31 Disember 2021, terdapat 14,834 koperasi dengan keanggotaan 7.07 juta orang, selain jumlah modal syer atau yuran koperasi mencatatkan RM16.54 bilion.

Katanya, jumlah aset koperasi pula RM154.98 bilion manakala sumbangan perolehan koperasi kepada pendapatan negara pula berjumlah RM37.89 bilion.

“Sambutan Hari Koperasi tahun ini bertemakan ‘100 Tahun Gerakan Koperasi, Membangun Keluarga Malaysia’ selaras dasar kerajaan semasa yang mahu menjadikan Malaysia negara terus membangun secara mampan seiring pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif,” katanya.- BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.