25 JULAI : Angka kes jangkitan baharu COVID-19 menurun kepada kepada 2,720 semalam berbanding 4,816 pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah kepada 4.651 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Kes aktif COVID-19 dalam negara juga turut mencatatkan penurunan sebanyak 1,295 kes dengan jumlah terkini 48,252 kes, di mana 96.6 peratus daripada kes aktif atau 46,632 sedang menjalani kuarantin di rumah.
Manakala 1,542 kes dirawat di hospital dengan 54 kini ditempatkan di wad ICU dan 32 daripada memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, tiga kes kematian dilaporkan termasuk dua kes melibatkan kes ‘brought-in-dead’ (BID) iaitu kematian di luar fasiliti hospital.