25 JULAI : Berpuluh-puluh orang diarah berpindah dari rumah mereka semalam selepas berlaku letusan gunung berapi Sakurajima di Kagoshima, di selatan Jepun.
Rakaman televisyen menunjukkan lava panas dan kepulan asap gelap kelihatan sejurus selepas jam 8 malam waktu tempatan.
Ini susulan selepas Agensi Meteorologi Jepun (JMA) menaikkan amaran hingga ke tahap tertinggi iaitu lima daripada tiga dan menggesa pemindahan.
Selain itu, berlaku empat letusan gunung berapi pada Sabtu dan petang semalam, dengan kepulan asap lava mencecah setinggi 1,200 meter.
Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihiko Isozaki, berkata tiada laporan mengenai kerosakan dilaporkan.
“Perdana Menteri, Fumio Kishida telah mengarahkan kerajaan untuk bekerjasama rapat dengan majlis perbandaran tempatan bagi memastikan pencegahan kerosakan berjalan lancar,” katanya.
Sementara itu, menurut JMA, letupan itu menyebabkan kepulan asap besar kira-kira 2.5 kilometer dari kawah hingga mencecah kira-kira 300 meter di awan.
“Kawasan kediaman bandar Arimura dan bandar Furusato berada dalam jarak tiga kilometer dari kawah dan mereka diarahkan mengosongkan bandar itu dengan segera.
“Minggu lalu kita telah memerhatikan pembengkakan gunung berapi yang menandakan pengumpulan magma.
“Bengkak itu masih belum selesai selepas letusan terbaharu dan kami akan memantau dengan teliti perkara ini,” kata Tsuyoshi Nakatsuji dari Bahagian Pemerhatian Gunung Berapi JMA.
Jepun mempunyai banyak gunung berapi aktif dan terletak di kawasan yang dipanggil ‘Lingkaran Api Pasifik’ di mana sebahagian besar gempa bumi dan letusan gunung berapi dunia direkodkan.
Kali terakhir Jepun mengeluarkan amaran pemindahan tertinggi untuk gunung berapi apabila pulau Kuchinoerabu, juga di Kagoshima, meletus pada 2015. – AFP