27 JULAI : Pasar haiwan liar dan unggas eksotik hidup di Wuhan, China dikenal pasti sebagai pusat penyebaran wabak COVID-19, menurut satu kajian baharu yang diterbitkan dalam jurnal Science.
Kajian itu menjawab persoalan sama ada virus terbabit merebak daripada haiwan ke manusia atau akibat kemalangan makmal untuk berlaku wabak seterusnya.
Sebelum ini, kertas pertama yang menganalisis corak geografi kes pada bulan pertama wabak berlaku iaitu Disember 2019, menunjukkan kes pertama berkumpul di sekitar Pasar Huanan.
Data genomik kedua memeriksa daripada kes terawal untuk mengkaji evolusi awal virus itu, menyimpulkan tidak mungkin coronavirus tersebar secara meluas pada manusia sebelum November 2019.
Pengarang bersama kajian, Michael Worobey dari Universiti Arizona, sebelum ini meminta komuniti saintifik dalam sepucuk surat supaya lebih terbuka terhadap idea bahawa virus itu adalah hasil daripada kebocoran makmal.
“Tetapi dengan penemuan ini saya berpendapat bahawa virus ini diperkenalkan dengan cara lain, selain melalui perdagangan haiwan liar di pasar Wuhan,” katanya.
Pasukan kajian pertama menggunakan alat pemetaan bagi menentukan lokasi kebanyakan 174 kes pertama yang dikenal pasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendapati 155 daripadanya berada di Wuhan.
Selanjutnya, kluster kes berkumpul di sekeliling pasar dan beberapa pesakit awal yang tiada sejarah melawat pasar itu tinggal berdekatan dengannya.
Difahamkan, haiwan yang kini diketahui boleh dijangkiti virus itu termasuk musang merah dan anjing rakun, semuanya dijual secara langsung di pasaran.
Malah, kajian juga dilakukan ke atas sampel positif daripada pesakit pada awal 2020 untuk pasar di barat yang menjual haiwan hidup atau baru disembelih pada akhir 2019.
“Ini menjelaskan virus itu tidak beredar secara samar, tetapi ia benar-benar berasal dari pasar itu dan tersebar dari sana,” kata Worobey.
Sementara itu, kajian kedua menumpukan pada menyelesaikan percanggahan yang jelas dalam evolusi awal virus.
Penyelidik menggunakan teknik dipanggil ‘analisis jam molekul’ yang bergantung pada kadar mutasi genetik berlaku dari semasa ke semasa untuk membina semula garis masa evolusi dan mendapati tidak mungkin A (virus ditemui dalam kelawar) menimbulkan B (virus ditemui banyak di pasar).
“Jika tidak, keturunan A perlu berkembang dalam gerakan perlahan berbanding virus keturunan B yang tidak masuk akal secara biologi,” kata Worobey.
Justeru, penyelidik membuat kesimpulan tidak mungkin terdapat peredaran manusia sebelum November 2019.
Di bawah senario ini, mungkin terdapat penularan haiwan ke manusia lain di pasar yang gagal dikelaskan sebagai kes COVID-19. – AFP