27 JULAI : Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.65 kepada RM4.55 seliter, mulai tengah malam ini, bagi tempoh 28 Julai hingga 3 Ogos 2022, manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan memaklumkan, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel pada harga siling bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.