27 JULAI : Polis di Republik Czech pada Isnin lalu menggunakan kereta sports Ferrari 458 yang bernilai RM802,858 di pasaran sebagai kereta peronda untuk mengejar kenderaan curi serta membanteras perlumbaan haram di negara itu.
Kereta Ferrari itu telah diubah suai menjadi salah sebuah kenderaan polis terpantas di Eropah.
Ini bermakna kereta mewah itu akan digunakan untuk mencari dan mengejar kenderaan curi dan membanteras acara yang sering mengakibatkan perlumbaan jalanan berkelajuan tinggi secara haram.
Ferrari itu sebelum ini dirampas daripada penjenayah sebelum ia digunakan sebagai kereta peronda polis.
Dalam satu kenyataan, Polis Republik Czech berkata, kos pengubahsuaian kenderaan itu lebih murah daripada membeli sebuah kereta Skoda baharu – AGENSI