Pattaya anjur karnival ganja September ini
28 JULAI : Pattaya akan menganjurkan pesta ganja antarabangsa pada September ini bagi mempromosikan bandar peranginan tepi laut itu sebagai hab pelancongan kesihatan berkaitan tumbuhan itu.
CISW Cann Festival Thailand 2022 dijadualkan pada 9-11 September di pusat beli-belah Central Pattaya.
Ia adalah kerjasama antara Pattaya City, CISW Green World Co Ltd, dan Central Pattaya.
Pada pesta itu, Ekspo Ganja dan Hemp akan mengetengahkan produk yang diperbuat daripada ganja dan hemp, termasuk makanan, minuman serta kosmetik.
Acara itu bertujuan mempromosikan penggunaan ganja dan hemp untuk perubatan sambil membantu peserta mengembangkan rangkaian perniagaan mereka.
Selain itu, ekspo akan membuat padanan perniagaan yang bertujuan menarik pelabur Thailand dan asing untuk melabur dalam perniagaan berkaitan dengan ganja serta hemp.
Pertandingan ratu cantik Miss Cannabis Thailand juga akan diadakan semasa pesta itu, dengan tawaran hadiah wang tunia lebih 200,000 baht (RM24,200). – AGENSI