2 OGOS : Sebanyak 3,213 kes positif dilaporkan direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semala., menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan adalah sebanyak 4,645,334 kes.
Berdasarkan portal COVIDNOW, Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,006 diikuti Selangor (865), Sabah (241), Pulau Pinang (171), Perak (224), Negeri Sembilan (153), Kedah (130), Johor (114), Melaka (90) dan Putrajaya (59), Sarawak (52), Kelantan (42), Pahang (34), Terengganu (23), Perlis (6) dan tiga kes di Labuan.
Manakala sebanyak 3,847 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sudah pulih membabitkan seramai 4,602,625 pesakit.
Ketika ini sebanyak 44,664 kes masih aktif membabitkan 43,080 kes dikuarantin di rumah, 20 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) serta 1,510 kes di hospital.
Sebanyak 54 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 33 kes yang memerlukan bantuan pernafasan.
Sebanyak lapan kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital (BID).
Ia menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kini mencecah 35,977 kes dengan 7,644 adalah kes BID sehingga kini.