nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rokok: Anda tiada hak cederakan diri, orang lain

2 OGOS : Kementerian Kesihatan (KKM) menepis dakwaan penguatkuasaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 mencabuli kebebasan rakyat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin menegaskan tiada individu di Malaysia yang mempunyai hak asasi untuk mencederakan diri sendiri.

“Pandangan Padang Rengas (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz) kata ini violation tetapi tak ada manusia di Malaysia yang ada hak asasi untuk mencederakan diri.

“Saya tak tahulah kalau ada ahli-ahli Yang Berhormat di sini ( Dewan Rakyat) yang boleh berdiri dan mengatakan tak ada bukti yang kukuh antara merokok dan kanser.

“Saya boleh rujuk macam-macam bukti saintifik. Memang ada kaitan yang jelas antara merokok dan kanser. Anda tidak ada hak asasi untuk mencederakan diri sendiri dan anda sama sekali tidak ada hak asasi untuk mencederakan orang lain. Sama sekali tidak ada.

“Kita tak ada kebebasan mutlak atau asasi untuk memudaratkan kemaslahatan awam melalui pelbagai kesan negatif daripada merokok. Nikotin ini menyebabkan ketagihan, apabila kita sudah ketagih kita tiada kebebasan dalam memilih. Jadi kebebasan apa yang anda cerita?,” katanya ketika menjawab di Dewan Rakyat selepas sesi perbahasan bacaan kedua RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022, hari ini.

Semalam ketika perbahasan, Mohamed Nazri melahirkan kebimbangan risiko kerajaan disaman kerana melanggar kebebasan memilih sekiranya RUU ini diluluskan.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin turut menegaskan bahawa bahaya rokok sebenarnya sama dengan dadah yang tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya.

“Kalau kita tahu bahaya rokok ini 50 tahun lepas, kita tidak akan pernah membenarkannya dijual. Ia sama bahaya dengan dadah yang di bawah Akta Dadah Berbahaya. Kita tidak membenarkan penjualan dadah dan kita seharusnya tidak membenarkan penjualan rokok sebab kesannya sama buruk dengan dadah tapi kita sudah pun membenarkannya selama 50 tahun.

“Sebab itu kita putuskan, okay dengan semua data dan bukti yang kita ada sekarang berkenaan dengan bahaya merokok ini, mari kita cipta normal baharu iaitu kita tutup ruang untuk orang boleh merokok dan membelinya,” katanya.

Selain itu menjelaskan soal kekeliruan penguatkuasaan terhadap generasi penamat (GEG), Khairy Jamaluddin berkata pemeriksaan dan penyitaan tidak terpakai untuk individu.

“Saya nak sentuh sedikit tentang penguatkuasaan iaitu masuk premis, ambil sampel, tahan dan periksa pengangkutan…ini bukan bermaksud terhadap GEG tapi kepada mereka yang buat, pengilang, pengeluar, pengimport dan pengedar. Ini adalah akta penguatkuasaan. Sebahagian besar kuasa dalam akta ini sudah pun ada dalam Peraturan2 kawalan Hasil Tembakau 2004.

“…bukan terhadap GEG tapi terhadap pasaran haram, mereka yang bawa rokok tak berdaftar, bawa vape (rokok elektronik) tidak dihantar ke makmal dan sebagainya. Peruntukan standard untuk akta penguatkuasaan,” katanya.

RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022, yang bertujuan mengharamkan penjualan rokok dan produk vape kepada mereka yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 27 Julai lalu.- Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.