nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

GTA bakal bertanding 120 kerusi Parlimen-Tun M

4 OGOS : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penubuhan gagasan Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertujuan menjaga negara supaya aman dan stabil dengan mengurangkan jurang antara kaum ketika ini.

Gagasan itu menurut beliau, akan disertai parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli akademik dan profesional Melayu.

Pengerusi Parti Pejuang Negara itu berkata, ia tidak bermakna gerakan itu bersifat perkauman, sebaliknya akan memberi tumpuan melawan sebuah parti Melayu yang sudah menyeleweng ketika ini.

“Untuk lawan parti Melayu kalau bukan juga parti Melayu orang Melayu tidak akan menyokong.

“Harap akan dapat sokongan daripada rakyat bukan kerana mereka menjadi ahli parti sebaliknya mereka adalah orang Melayu yang curiga dengan masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

Dr Mahathir yang juga pengerusi penaja gagasan baharu itu, berkata, asas penubuhan Gerakan Tanah Air itu bukan bertujuan merampas harta masyarakat bukan Melayu atau menyekat mereka daripada berusaha untuk mendapatkan kekayaan, sebaliknya ia berusaha untuk memperbetulkan ekonomi masyarakat Melayu.

Sehubungan itu, katanya lagi, Gerakan Tanah Air menjemput semua orang Melayu yang bimbang dengan masa depan mereka, untuk menyertai atau menyokong gerakan itu.

Katanya, pihaknya akan mendaftarkan nama Gerakan Tanah Air dalam masa terdekat dengan nama yang dipersetujui itu.

Selain Dr Mahathir, jawatankuasa penaja Gerakan Tanah Air turut dibarisi Timbalan-Timbalan Pengerusi iaitu Presiden Parti BERJASA, Zamani Ibrahim; Presiden Parti Putra, Datuk Ibrahim Ali; Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak.

Bagaimanapun, nama Naib Presiden, Bendahari dan Ketua Penerangan akan diumumkan kemudian.

Timbalan Presiden PEJUANG, Datuk Marzuki Yahya, dilantik sebagai Ketua Setiausaha.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau yakin mendapat sokongan masyarakat Melayu terutama UMNO hanya mampu menang 35 peratus daripada kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, Gerakan Tanah Air akan bertanding di 120 kerusi Parlimen di Semenanjung yang mempunyai majoriti pengundi Melayu dan ditandingi oleh UMNO.

Katanya, sudah tiba masanya untuk pengundi Melayu mengetahui mengenai perjuangan UMNO yang disifatkannya sebagai berasaskan wang.

“Antara 65 peratus ini ada yang tidak mengundi kerana menganggap politik yang bosan dan tidak mendatangkan faedah.

“Dengan penerangan yang kita buat, dengan apa yang dilakukan gerakan ini, kita yakin ramai daripada mereka akan beri sokongan,” katanya.

Ditanya sama Gerakan Tanah Air akan bekerjasama dengan parti politik lain di luar gabungan itu, Dr Mahathir berkata, gerakan itu tidak akan terbabit dengan ‘kluster mahkamah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.