5 OGOS : Susulan peningkatan kes cacar monyet, Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan awam.
Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Amerika Syarikat (AS), Xavier Becerra berkata, jumlah jangkitan cacar monyet di AS kini sudah melangkau 6,000 kes pada Rabu.
Pengisytiharan itu juva akan meningkatkan tahap kesediaan data mengenai jangkitan cacar monyet yang diperlukan untuk tindak balas.
Selain itu, langkah itu juga dilihat bagi membenarkan pembiayaan dan alat tambahan dikeluarkan untuk memerangi penyakit itu.
Becerra berkata, mereka bersedia mengambil langkah ke peringkat seterusnya dalam menangani virus berkenaan.
Hampir semua kes jangkitan berlaku di dalam kalangan lelaki homoseksual yang melakukan hubungan seks sejenis.
Cacar monyet mula merebak di Eropah sebelum berpindah ke Amerika Syarikat yang kini merekodkan kes paling banyak di dunia.
Setakat ini, kerajaan AS telah mengedarkan 600,000 dos vaksin Jynneos keluaran Bavarian Nordic dan menggunakan 14,000 rawatan TPOXX keluaran Siga Technologies.
Penyakit cacar monyet mempunyai simptom ringan termasuk demam, sakit dan lesi kulit yang dipenuhi nanah, dan orang ramai cenderung untuk pulih daripadanya dalam masa dua hingga empat minggu.
Menurut WHO, ia merebak melalui sentuhan fizikal yang rapat dan jarang membawa maut.