Gangguan bekalan air di 188 daerah Hulu Selangor 9-11 Ogos

5 OGOS : Sebanyak 188 kawasan di daerah Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 hingga 11 Ogos ini.
Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), ini susulan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa.
“Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor bermula jam 9 pagi, 9 Ogos 2022 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 1 pagi, 11 Ogos 2022.
“Pengguna dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dah pastikan semua bekan simpanan air ditutup,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.