6 OGOS : Kes harian baharu jangkitan COVID-19 semalam menurun ke 3,927 kes berbanding 4,413 kes pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.687 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Angka terbaharu itu menjadikan keseluruhan kes aktif COVID-19 dalam negara kini sebanyak 46,506.
Seramai 1,587 pesakit kini sedang dirawat di hospital dengan 52 daripadanya ditempatkan di wad ICU dan 38 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 96.4 peratus atau 44,843 sedang menjalani kuarantin di rumah dan sebanyak 4,949 kes sembuh dicatatkan semalam.
Berdasarkan data di portal COVIDNOW, enam kes kematian direkodkan semalam dengan tiga daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead‘ (BID).