9 OGOS : Jangkitan kes baharu COVID-19 pada semalam meningkat sedikit ke angka 2,863 berbanding 2,728 kes pada hari sebelumnya.
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.687 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW,
kes aktif COVID-19 dalam negara kini 43,875 di mana 95.7 peratus atau 41,996 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Manakala sebanyak 1,790 kes dirawat di hospital dengan 55 kini ditempatkan di wad ICU di mana 38 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, dan kes sembuh semalam mencatatkan 4,752 kes.
Sebanyak enam kes kematian direkodkan semalam, sama pada hari sebelumnya dan daripada jumlah itu, satu kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).